Program Kempen Internet Selamat Sempena Program Stem Dan Digital Daerah Jempol Dan Jelebu

21 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

20 Ogos 2025 - NADI Felda Sungai Lui menyertai program Kempen Internet Selamat sempena program STEM dan Digital Daerah Jempol dan Jelebu yang bertempat di Kompleks Rakan Muda daerah Jempol di bawah bimbingan bersama pihak MCMC Negeri Sembilan. Program ini dijayakan bersama petugas NADI Negeri Sembilan yang memainkan peranan sebagai sekretariat bagi mengadakan reruai (booth) NADI/Kempen Internet Selamat dan juga fasilitator dalam mengendalikan modul dan aktiviti Kempen Internet Selamat. Program ini dianggarkan penyertaan seramai 204 orang pelajar sekolah-sekolah rendah daerah Jempol. Sekretariat/fasilitator menjalankan bidang tugas mengendalikan modul Internet Selamat 10 hingga 12 tahun bersama para pelajar yang dibahagi mengikut kumpulan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali